Johor Professional Photographer - Malay, Chinesse & Indian Wedding Photographer - Capturepixs Studio

By: Johor Professional Photographer and Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 26-Jul-2008 13:49 Email | Share | | Bookmark
Ekin & Ajib at Pontian



Ekin's Wedding at Pontian, Johor.




Assignment by : Fotokahwin
Shoot by : AyAres & Fendy


Friday, 25-Jul-2008 01:49 Email | Share | | Bookmark
Pameran Pengantin 2008 : Johor Bahru

Date : 24 July - 03 August 2008
Venue : Plaza Angsana, Johor Bahru.

Mari meriahkan karnival ini beramai-ramai. Pelbagai acara yang disediakan setiap hari termasuk persembahan dari peragawati dan peragawan yang menggayakan fesyen terbaru dari butik-butik yang menyertai karnival ini.

Temui kami di Booth 1 ( near the Main Entrance ), dan dapatkan pakej promosi istimewa sepanjang minggu ini.



Thursday, 10-Jul-2008 19:13 Email | Share | | Bookmark
Capturepix's Studio Official Website

Coming soon @ WWW.CAPTUREPIXS.COM.MY




For any inquiry, please email us at : capturepixs [AT] yahoo.com


Tuesday, 1-Jul-2008 22:48 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Jurufoto Perkahwinan Johor

 
 
 
View all 21 photos...
TARIKH : 01 JULAI 2008
HARI : SELASA
MASA : 8.30 MALAM – 12.00 MALAM
TEMPAT : HOTEL GOOD HOPE, SKUDAI.
Organizer : Capturepixs Studio

PENGACARA MAJLIS : Izat - Capturepix's

AHLI PANEL :

- Rushdi - Fotokahwin
- Saluddin - Art Creative
- Saifulnang - Candidsyndrome
- Cikgu Mat - Ideal Media


Kesemua topik berjaya di sentuh dan di huraikan oleh ahli panel.

1. Pengiraan Kos Fotografi & Harga Semasa
2. Peluang Bisnes Fotografi Sepenuh Masa vs Gaji (Separuh Masa)
3. Pelaburan dan Strategi Perniagaan Fotografi Perkahwinan
4. Memilih/Menilai Peringkat Pelanggan & Mendidik Pelanggan
5. Identiti (Trademark) Dalam Fotografi Perkahwinan
6. Harga Pakej vs Harga Rol
7. Pemasaran menerusi penjenamaan & teknologi (Internet)
8. Peranan & Tanggungjawab bersama anda sebagai jurufoto perkahwinan serta persatuan jurufoto perkahwinan


KEHADIRAN : 176 orang tidak termasuk penganjur.





Thursday, 5-Jun-2008 18:01 Email | Share | | Bookmark
Tol?

Adat TOL ni cukup femes dalam majlis perkahwinan di Johor. Dan ianya hanya melibatkan ketika majlis persandingan sebelah perempuan. Dimana pengantin lelaki yang datang bertandang akan dikenakan sekatan yang di sebut Tol, sebelum dapat masuk untuk berjumpa dengan pengantin perempuan yang sudah cantik di mekap.

Tujuan Tol ini diadakan adalah sekadar untuk bersuka ria dan beramah mesra antara dua pihak dan dalam erti kata lain juga, pengantin harus membayar nilai perjalanan dalam menuju ke arah pelamin untuk bersanding. Adat menyambut kedatangan pengantin lelaki dengan tol ini ada juga dibuat di negeri lain termasuk Singapura tetapi yang lebih femes adalah di negeri Johor.


- pengantin lelaki mula diarak dan di iringi pengapit serta bunga manggar dan dipayungkan dengan payung kuning seolah seperti seorang raja.


- dipertengahan jalan, pasti ada Tol yang harus di bayar untuk meneruskan perjalanan. Biasanya kalau di pertengahan jalan, kaum lelaki yang menjadi tukang kutip tol. Kadang tu ada budak-budak penanggah lelaki yang menghalang jalan.


-kalau rumah berpagar, ada yang menanti mengutip tol di pintu pagar. Di sini biasanya makcik-makcik dan anak dara yang berkerumun menghalang pengantin lelaki dari masuk. Kadang campur-campur jer. Selagi tol tidak di bayar, selagi itu mereka tidak dibenarkan masuk.


- lepas ajo dah dapat sampul sorang satu. muka tersenyum lebar. Kadang mereko sengaja mengintai dalam sampul samada cukup atau tidak bayaran tol tersebut di berikan. Kerana ini adat suka-suka, jadi takdelah mereka berkira sangat akan nilainya.
Setelah di bayar, barulah mereka dibenarkan melalui jalan tersebut.


- tetapi, harus di ingat. Kadang ada majlis yang meriah, buat tol berlapis-lapis. Hinggakan dah nak sampai ke pelamin pun masih terdapat tol yang harus di bayar.
Haaa.. kat sini memang takde kaum lelaki. Biasanya kat sini anak dara dan makcik-makcik menanti berderet duduk di depan pelamin.


- Kadang tu anak-anak buah pengantin dan budak2 kecik yang bersusun menanti sampul Tol.


- sampailah mereka harus membayar Tol bagi melepasi halangan ini..


- ooopsss.. jangan ingat selepas bayar tol pada makcik2 atau kanak2 tadi.. pengantin dah boleh lepas dan duduk di pelaminan. Haa.. ada satu lagi Tol segala Tol yang harus dibayar bagi mendapat tempat istimewa di pelaminan. Tol terakhir ini adalah Mak Andam sendiri yang menjaganya.


- biasanya di sini, mereka akan bergurau. Tol yang dibayar satu persatu. Mak Andam pula akan memeriksa sampul samada bayaran mencukupi atau tidak. Bayaran di sini agak tinggi dan biasanya sudah di bincangkan awal-awal. Ada nilainya yang RM80, ada nilainya RM100 atau terkadang ada yang nilainya RM150 bergantung pada perbincangan pengantin dengan Mak Andam. Sekiranya tidak mencukupi nilainya, Mak Andam tidak akan bangun dari kerusi pengantin , malah tidak membuka kipas tangan yg menutupi muka pengantin perempuan, sehinggalah bayaran mencukupi.


-setelah bayaran mencukupi, barulah kipas di buka. Dan mak andam akan bangun dari kerusi. Dan pengantin lelaki harus menyerahkan 'hadiah kecil' berupa bunga yang dibawa sebagai tanda kasih kepada pengantin perempuan.


- dan setelah menerimanya, pengantin perempuan akan menyalami dan mencium tangan pengantin lelaki sebagai tanda terima kasih di atas pemberian 'kasih' tersebut.


- kemudian barulah pengantin lelaki boleh duduk di singgahsana yang indah dengan senyuman yang terukir di bibir pasangan pengantin yang ceria di hari bahagia mereka ini. Dan mereka akan bersedia untuk majlis tepung tawar.


Dan adat Tol ini sungguh meriah, tetapi kalau tersilap gaya, ada yang kurang sabar boleh mendatangkan bencana sampaikan rombongan pengantin lelaki ada yang sampaikan ingin berundur untuk pulang kerana tidak dibenarkan lepas gara-gara tidak membayar Tol. Ini sebenarnya adalah disebabkan tiada perbincangan awal antara kedua-dua belah pihak.

Kerana itulah perbincangan awal harus di teliti sebelum majlis diadakan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan salah faham. Kerana adat bagi satu-satu negeri itu adalah berlainan dan mungkin yang tidak biasa dengan adat negeri Johor akan merasa pelik dan akan terkejut.


Ok..nanti entry mendatang, saya akan sambung pula majlis Tepung Tawar ni macamana perjalanannya ya.


Tenkiu,

AyAres,
Senior Photog,
Capturepix's Studio
http://www.capturepixs.com.my

Kalau mahu ngorat utk dapat pakej murah, sila sms di 012-7342474


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net